Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Ulamak PAS Pahang Ada Sejarah Tersendiri

PAS Pahang Ada Sejarah Tersendiri

83
SHARE

Oleh: Nik Nasri Nik Malek

Indera Mahkota, 20 Jun-Muktamar kali ini menempa sejarah kerana diadakan di negeri Mat Kilau yang banyak sejarahnya. Tuan Guru Haji Hashim Jasin, Mursyidul Am mendedahkan ada yang berpendapat Islam datang lebih awal ke Pahang dari Melaka. Cuma Pahang mula terkenal apabila menjadi sebahagian dari Melaka.

PAS Pahang membangunkan sejarahnya. Datuk Asri Muda dilantik sebagai Pesuruhjaya bagi pantai timur pada 26 November 1954. Dua cawangan ditubuhkan iaitu di Pekan dan Temerloh pada tahun 1955. Cawangan-cawangan lain ditubuh selepas itu. Tokoh-tokoh PAS Pahang sangat ramai. Antara tokoh PAS Pahang ialah Datuk Setia Abu Samah Ali yang pernah menjadi Naib YDP pada tahun 1956.

Tuan Guru Haji Hashim mengingatkan supaya pimpinan dan ahli PAS istiqamah untuk memacu perjuangan hingga menang atau syahid. Beliau membacakan kata-kata hikmat:

زرعوا قاكلنا

نزرع فيأكلون

‘Mereka menanam, lalu kita makan.

Kita sekarang menanam, lalu orang lain akan makan’

‘Ketika kita bergembira, kita juga mengenang tokoh-tokoh ulamak terdahulu.’ ingat beliau, sambil menyebut nama-nama tokoh ulamak terdahulu yang telah menunaikan janji mereka.

Beliau juga mewakili Ahli Majlis Syura Ulamak, pemimpin PAS Pusa mengucap takziah kepada keluarga almarhum Ustaz Wan Rashidi, bekas Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat yang telah meninggal dunia di Madinah. Juga takziah pendokong Islam kepada keiuarga Dr Mohamed Morsi.

Beliau mengingatkan orang yang istiqamah dalam perjuangan tidak pernah disia-siakan oleh Allah. Habiskan seluruh hidup untuk Islam hingga akhir hayat. Tidak dapat kemuliaan bagi orang yang memilih selain Islam sebagai dasar perjuangan.