Home Muktamar PAS Ke 64 PAS Parti Berakar Tunjang, Bukan Dahan Rapuh Yang Mereput

PAS Parti Berakar Tunjang, Bukan Dahan Rapuh Yang Mereput

2
SHARE

Oeh: Ustaz Nik Nasri

KUALA TERENGGANU, 16 Sept – PAS adalah sebuah parti kukuh dan kuat. Kewujudannya ialah kerana kewajipan islah (membaiki) dan tajdid (membaharukan urusan agama). Ia menyambung dakwah dan politik dari Nabi SAW.

PAS bukan dahan yang dipatahkan, lalu dipacak ke tanah yang menunggu masa untuk menjadi kuning dan mereput.

Demikian perumpamaan dibuat Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi; menegaskan PAS bukan parti yang mudah menyerah kalah.

“PAS berdasarkan akar tunjang yang dipasak kuat, tidak seperti orang lain yang mencari matlamat untuk dunia sahaja.

“PAS bermatlamat letak Islam paling tinggi, walaupun pelbagai ujian dihadapi.

“PAS ada pengalaman hilang pemimpin, mati, lompat tetapi tetap berkembang.
PAS hanya belum menang, bukan kalah,” ujarnya.

Menurut Tuan Guru, ada manusia yang kalah kerana gila pangkat, atau tersungkur di tengah jalan.

Ulasnya, ia adalah suatu penegasan terhadap perjuangan PAS yang semenjak awal penubuhannya mengalami pelbagai onak dan duri, tetapi yang pastinya ia tidak pernah usang dan lekang.