Home Muktamar60 Artikel PAS Parti Berintegriti Tinggi

PAS Parti Berintegriti Tinggi

128
SHARE

BATU PAHAT, 19 Sept – PAS adalah parti yang disegani lawan dan kawan sama ada dari luar atau dalam negara.  PAS adalah parti berintegriti di semua peringkat.. Bahas saudara Wan Khariza Wan Azim perwakilan negeri Perlis.

“PAS adalah parti yang berintegriti tinggi”. Perwakilan dari Utara tanah air ini juga turut mengingatkan semua agar menyebarkan maklumat yang tepat dan bukan pandangan peribadi. Beliau turut mengharapkan agar pihak pimpinan membahaskan persoalan semasak-masaknya sebelum keputusan dikeluarkan kepada ahli.

“Pihak tertinggi Parti perlu memberi arahan yang jelas dan membincangkan semasak-masaknya supaya tiada berlaku kekeliruan arahan di peringkat bawahan. “

Penyataan ini disokong oleh Perwakilan Negeri Sembilan yang mengharapkan pandangan berasaskan pemikiran logik digabungkan dengan ilmu wahyu dimusyawarahkan sebaiknya.

“Bila tidak duduk semeja berbincang dan bermesyuarat, pelbagai anggapan dan persepsi akan dibuat, hasilnya bukankeputusan pimpinan yang diwar-warkan, “ ujar beliau.

Dalam membahaskan ucapan dasar Presiden PAS, wakil dari Negeri Sembilan ini turut mengingatkan ahli PAS agar memasakkan dalam diri bahawa PAS merupakan sebuah gerakan Islam bukannya parti politik semata-mata. Ini untuk mengelakkan kecelaruan dalam gerak kerja.