Home Muktamar62 Artikel PAS Perlu Ada Sistem Pendidikan Sendiri

PAS Perlu Ada Sistem Pendidikan Sendiri

148
SHARE

KOTA BHARU – Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) telah membentangkan usul agar Parti Islam SeMalaysia (PAS) memiliki satu dasar pendidikan sendiri tanpa bergantung kepada dasar pendidikan negara yang semakin hilang arah tuju dan terbukti tidak mampu melahirkan ummat yang sejahtera.

Menurut wakil DMPM, Sistem Pendidikan di Malaysia sekarang seolah-olah celaru. Ia dapat dibuktikan melalui pemilihan tema Hari Guru tahun 2016 pada bulan Mei yang lepas.

“Tema Hari Guru tahun ini adalah Pembina Negara Bangsa jelas menampakkan kecelaruan pemikiran pendidikan negara.

Guru sepatutnya bukan hanya berperanan membangunkan negara dan bangsa sahaja, tetapi mereka perlu bertindak sebagai murabbi yang akan mendidik anak-anak kita dengan sistem Islam”.

Usul ini turut dibahas oleh perwaklan Negeri Melaka. Mereka berharap agar satu sistem pendidikan yang holistik mencakupi fizikal dan rohani dapat dibuat, seterusnya sistem ini mampu dicontohi oleh pelbagai pihak.

Usul pendidikan ini telah diterima oleh semua Muktamar DMPP Kali ke-56 dengan sebulat suara.