Home Muktamar PAS Ke 64 PAS Sedia Tangani Isu Perpecahan Dengan Syarat Umno BN Terima Islam

PAS Sedia Tangani Isu Perpecahan Dengan Syarat Umno BN Terima Islam

SHARE

Oeh: ‘Aisyaa Yamin

KUALA TERENGGANU, 15 Sept : Umum rancak membicarakan tentang landskap politik hari ini yang berubah setelah musuh tradisi, Umno BN tewas pada Pilihan Raya Umum ke 14 baru-baru ini.

Ekoran itu, pelbagai spekulasi timbul kononnya PAS ingin bergabung dengan Umno.

Perwakilan Pulau Pinang, Ustaz Yusni Mat Piah menjelaskan perkara itu seperti mana yang disifatkan dalam ucaptama Tuan Guru Presiden adalah merupakan satu bentuk taa’wun (kerjasama).

“Bagi memastikan Islam terus memimpin, kerjasama yang kita bina seharusnya adalah atas dasar kebajikan dan taqwa dan taawun siyasi mesti dilihat dengan lebih mendalam,” katanya.

Beliau yang memfokuskan isu survival Islam di Malaysia turut memetik kata-kata pimpinan sebelum ini berkenaan perpecahan Umno dan PAS yang boleh diselesaikan hanya jika mereka menerima Islam dan kembali kepada al-Quran dan Sunnah.

“Ini yang kita perlu pastikan dalam usaha menyelamatkan rakyat.

“Pastikan perkara ini selesai dengan berlapang dada dalam menerima apa saja sunnah yang dibawa oleh nabi.

SHARE
Previous articleBukan Masa Untuk menuding Jari