Home Muktamar PAS Ke 64 PAS Senantiasa Terbuka Dalam Dakwah

PAS Senantiasa Terbuka Dalam Dakwah

16
SHARE

KUALA TERENGGANU, 15 Sept – Perwakilan Johor, Haji Roslan Nik Mat berkata PAS sentiasa mengamalkan politik dakwah dan bersikap terbuka demi mengajak manusia kepada kebaikan.

Ulasnya, PAS bukan sahaja mahu mendekati Umno, malah MIC, MCA dan lain-lain parti juga boleh bekerjasama demi menyelamatkan negara.

“Ajak orang buat baik, inilah parti kita.

“Oleh kerana ada kelompongan hari ini, kita lihat Islam semakin mencabar.

“Islam dan bukan Islam bersekongkol mencari kesilapan yang sengaja dibuat,” katanya.

Mengakhiri ucapan, beliau mengingatkan para muktamirin untuk sama-sama menjadikan Rasulullah SAW sebagai idola; pengislah terbaik dalam berdakwah yang mampu mengubah jiwa manusia kepada Islam.