Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Pemuda PAS sokong PDRM tegas mahu tangani gejala negatif

PAS sokong PDRM tegas mahu tangani gejala negatif

103
SHARE

KUANTAN: Negara kini menghadapi cabaran getir ini apabila kerajaan tidak bertindak menyekat penularan fahaman liberal agama yang sedang merebak dan sedang berkembang sekarang.

“Pemikiran yang menganggap semua agama sama taraf, semua agama sama. Kita memahami Islam menghormati hak orang bukan Islam. Islam tidak memaksa orang bukan Islam untuk masuk Islam,” ujar Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau menyelar usaha dan budaya liar yang mengadakan tuntutan persamaan taraf tersebut, sedangkan Perlembagaan Negara sudah menjamin hak untuk semua.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Polis Negara, Dato’ Seri Abdul Hamid Bahador serta pasukannya atas penegasan untuk bertindak ke atas rasuah, gangsterisme, pusat-pusat pelacuran dan lain-lain sewaktunya.

Tegasnya, kawalan kepada pusat-pusat hiburan yang menjadi ejen kepada elemen yang merosakkan ummah perlu dilakukan termasuk penguatkuasaan penyalahgunaan permit.

“Bahkan ada pusat hiburan yang telah dibertindak operasi serbuan dibuat berpuluh kali, tanpa ada permit, tanpa ada lesen, tapi terus beroperasi. Saya harapkan ketegasan komitmen Ketua Polis Negara baru ini dapat diterjemahkan.

“Kita menyokong penuh usaha beliau dan semua anggota polis bagi menghalang nilai-nilai negatif ini insyaAllah,” ujarnya menzahirkan sokongan padu terbuka kepada pasukan keselamatan itu. – HARAKAHDAILY 19/6/2019