Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat PAS Tidak Pandang Sunyi Isu Kesihatan

PAS Tidak Pandang Sunyi Isu Kesihatan

116
SHARE

PAS Tidak Pandang Sunyi Isu Kesihatan

Oleh: Asmaa Yusof

KUANTAN, 15 Jun – PAS tidak pernah memandang sunyi isu kesihatan malah menjadikannya antara fokus utama dalam perjuangan.

Buktinya jelas dengan penubuhan kumpulan-kumpulan perubatan PAS seperti MusMedik, Kor Medic Amal, Rufaidah Briged Muslimat dan sebagainya.

Demikian fokus ucapan Perwakilan Dewan Muslimat PAS Johor, Nik Nor Nadhirah Nik Ismail.

Katanya, penubuhan MusMedik mestilah disambut baik ahli PAS di setiap peringkat.

Selain kesihatan jasmani, wakil DMPN Johor itu turut menekankan kesihatan rohani.

“Dalam gerak kerja, ahli jemaah perlu menjaga kesihatan tubuh badan.

“Selain itu, kesihatan hati seperti zikir dan lain-lain juga mesti dijaga,” katanya.