Home Muktamar PAS Ke 64 PAS Tolak Cukai Kepenggunaan

PAS Tolak Cukai Kepenggunaan

1
SHARE

Oleh: Asyraf Hanif

KUALA TERENGGANU, 16 Sept – PAS konsisten menentang cukai kepenggunaan sama ada GST atau SST yang jelas membebankan rakyat.

Demikian tegas Ketua Lajnah Ekonomi PAS Pusat, Dato’ Khairuddin Aman Razali at-Takiri.

“Kita berpendapat bahawa negara kita tidak memerlukan cukai kepenggunaan sebagai tambahan kepada pendapatan negara.

“Pendapatan negara sudah mencukupi melalui kutipan cukai secara langsung iaitu cukai pendapatan dan cukai korporat serta cukai-cukai lain seperti import, export, duti eksais dan sumber dari petroleum,” katanya.

Tambahnya, rakyat hari ini cukup kecewa dengan Kerajaan Pakatan Harapan apabila kembali melaksanakan cukai SST selepas menurunkan kadar GST kepada kadar sifar yang memberi ruang kepada peniaga-peniaga untuk menaikkan lagi harga barang.