Home Muktamar62 Artikel PAS umumkan pemenang pertandingan mencipta logo Muktamar PAS ke 62

PAS umumkan pemenang pertandingan mencipta logo Muktamar PAS ke 62

183
SHARE

Pertandingan mencipta logo Muktamar PAS Ke-62 yang berakhir pada 22hb April,2016 telah mendapat sebanyak 63 penyertaan dengan satu penyertaan ditolak kerana tidak memenuhi syarat yang ditetapkan pihak penganjur.

Menurut Pengarah Pertandingan Logo Muktamar ke62, Shuhaimi Embong, penyertaan pada kali ini yang terhad kepada ahli PAS sahaja berkurangan lebihkurang separuh  berbanding dengan tiga tahun lepas yang mendapat seramai 117 peserta yang hantar penyertaan bagi pertandingan logo bagi Muktamar PAS ke 59 pada tahun 2013 yang lalu.

Beliau memaklumkan pemilihan kali ini dilakukan dalam dua pusingan, iaitu saringan awal dilakukan oleh jawatankuasa teknikal yang dilantik oleh Jabatan IT PAS Pusat, selaku urusetia penganjur kepada program pertandingan  ini sebelum diserahkan kepada pemilihan terakhir pemenang utama oleh  jawatankuasa khas pemilihan yang dilantik oleh jawatankuasa panitia induk Muktamar PASb ke-62 pada 5hb Mei 2016.

Setelah pemilihan dilakukan secara undian, pihak jawatankuasa penganjur mengumumkan logo yang dihasilkan oleh  MOHAMAD SYAKIRIN BIN MOHD KHALID berusia 26thn dari BANDAR TENGGARA, KULAI, JOHOR telah diisytiharkan sebagai  pemenang utama pertandingan mencipta logo Muktamar PAS ke62 pada 2016.

Berikut adalah logo yang yang telah berjaya memikat jawatankuasa khas pemilihan pertandingan logo pada kali ini yang  dihasilkan oleh pemenang utama berserta dengan penjelasan kepada logo berkenaan.

 

 klik untuk besarkan

 

Pemenang pertandingan ini akan diberikan wang tunai sebanyak RM 1,650 dan juga sijil penghargaan. Disamping pemenang uatama, pihak penganjur juga menyediakan 5 anugerah saguhati dengan wang tunai sebanyak RM 200 dan sijil penghargaan setiap seorang.

Lima pemenang anugerah saguhati kepada pertandingan Mencipta Logo Muktamar ke62 adalah, Madiha binti Mohd Ajran (24 tahun) dari Kelang Selangor, Muhammad Harith bin Saiful bahri Azam (21 tahun) dari Ampang, Selangor, Shahrizal bin Zulkuply (37 tahun) dari Jerantut, Pahang, Hazizul Hakim bin Mohd Jais (29 tahun) dari Seri Duyong, Melaka dan Asyraf Hamdy bin Abdul Hamid (28 tahun) dari Kota Bharu, Kelantan.

 

Pihak penganjur merakam ucapan terimakasih kepada semua pihak yang menjayakan pertandingan pada kali ini. Kali terakhir PAS menganjurkan pertandingan mencipta logo bagi Muktamar PAS PAS ke59 setelah diadakan pada kali pertama pada Muktamar PAS ke 56.          

Kepada yang menang, tahniah diucapkan dan pada yang belum berjaya boleh terus mencuba pada pertandingan edisi yang akan dating bila diadakan, kemungkinan 3 tahun dari sekarang.