Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Muslimat Pelan Tindakan Memberdaya Wanita Secara Holistik

Pelan Tindakan Memberdaya Wanita Secara Holistik

2
0
SHARE

Pelan Tindakan Memberdaya Wanita Secara Holistik

Oleh : Amirah Abdullah

KUALA TERENGGANU, 14 Sept – Perwakilan dari Kelantan, Puan Elvira mengucapkan tahniah kepada Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) kerana telah menyediakan pelan tindakan bagi gerak kerja muslimat.

Pelan tindakan ini berperanan sebagai panduan bagi memudahkan gerak kerja muslimat di peringkat negeri masing – masing.

Salah satu komponen dalam pelan tindakan yang diketengahkan adalah memberdaya wanita secara holistik.

Menurut beliau, melalui pelan tindakan ini pihak Dewan Muslimat Kelantan sedang merangka beberapa rancangan untuk dilaksanakan kepada wanita Kelantan.

Antara rancangan tersebut adalah proses pembangunan keluarga melalui pendidikan bagi golongan ibu – ibu dengan impian untuk melahirkan keluarga mawaddah, masyarakat yang hidup penuh rahmah dan seterusnya membentuk negeri baldatun toyyibah.

Selain itu, Dewan Muslimat Kelantan akan menerapkan kaedah ‘Parenting Islamic Skill’ supaya dapat digunapakai oleh ibubapa untuk mendidik anak – anak.

Beliau berharap, semoga impian ini dapat disambut bersama bagi merealisasikan pelan tindakan yang dibawa oleh DMPM.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here