Home Muktamar60 Artikel Pelancaran Infak SMS

Pelancaran Infak SMS

90
SHARE

BATU PAHAT,  18 Sept – Infaq SMS PAS telah dilancarkan oleh Tuan Haji Asmuni Alwi, Bendahari PAS Pusat bersempena Muktamar PAS ke 60.Pelancaran infaq untuk melancarkan perjuangan Islam di bumi Malaysia khususnya.

Para Perwakilan, penyokong dan pendokong PAS boleh melakukan infaq sebanyak RM5 atau RM 3 dengan menaip PAS5 dan hantar ke 33610 atau PAS3 dan hantar ke 33610.

Infaq yang dilancarkan ini diharap dapat menggalakkan setiap ahli khasnya dan masyarakat Malaysia amnya untuk menyumbang kepada perjuangan Islam. Bertepatan dengan tagline yang diwarwarkan, “duit jemaah ada dalam poket ahli-ahli”. Dengan adanya sumbangan sebegini, adalah diharapkan ianya dapat menjana sumber kewangan kepada parti dalam menjalankan pelbagai aktivi.