Home Muktamar60 Artikel Pelancaran Manual Pengurusan & Pentadbiran PAS

Pelancaran Manual Pengurusan & Pentadbiran PAS

100
SHARE

BATU PAHAT, 19 Sept – Dalam usaha memperkasakan Pengurusan PAS, Muktamar PAS Pusat yang berlangsung di Parit Raja telah melancarkan Manual Pengurusan & Pentadbiran (MPPP). MPPP adalah diadaptasikan dari Manual Pengurusan yang disediakan oleh Al-Marhum Ustaz Hassan Shukri dan mantan Ahli Jawatankuasa PAS.

MPPP menekankan kepentingan pengurusan organisasi yang teratur dan tersusun dalam melaksanakan agenda besar PAS.

Majlis Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Guru Dato’ Presiden dan diiringi oleh Hj Mustafa Ali, Setiausaha Agong PAS. Buku tersebut boleh di dapati di kaunter Urusetia pada harga RM10.