Home Muktamar PAS Ke 66 Dewan Muslimat Pelancaran PURNAMA Autocare Sempena Muktamar DMPM Kali Ke-60

Pelancaran PURNAMA Autocare Sempena Muktamar DMPM Kali Ke-60

31
SHARE

Pelancaran PURNAMA Autocare Sempena Muktamar DMPM Kali Ke-60

Oeh: Danisya Ismail

KUALA LUMPUR: Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) kali ke-60 tahun ini diserikan dengan majlis pelancaran aplikasi PURNAMA Autocare disempurnakan oleh Ketua Muslimat, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

Aplikasi mudah alih percuma itu bertujuan untuk perlindungan dan penjagaan kenderaan yang menyeluruh serta merupakan hasil kolaborasi bersama antara Lajnah Ekonomi dan Kewangan Dewan Muslimat PAS Malaysia dengan Digital Istiqamah Solution.

Bergerak selari dengan perkembangan pesat teknologi digital kini, inisiatif diusahakan Lajnah Ekonomi dan Kewangan ini dijayakan bagi menjana pendapatan tambahan kepada Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) di samping melahirkan masyarakat berinformasi.

Antara ciri-ciri aplikasi PURNAMA yang ditawarkan ialah akses ‘towing’ dan bantuan pembaikan kerosakan percuma serta carian bengkel panel terdekat, akses butiran perlindungan dan nota lindung ‘on-demand’, semakan saman dan senarai hitam dan lain-lain lagi.

Aplikasi PURNAMA ini akan tersedia untuk dimuat turun melalui aplikasi Google Play pada 1 Oktober 2020, manakala bagi peranti iOS pula, boleh dimuat turun melalui aplikasi Apps Store pada 1 November 2020.