Home Muktamar62 Artikel Pelancaran Skimpas oleh Lajnah Kebajikan

Pelancaran Skimpas oleh Lajnah Kebajikan

98
SHARE

 

KOTA BHARU, 2 Jun : Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah menyempurnakan gimik perasmian “SKIMPAS” sempena Muktamar kali ini.

Atas prinsip tolong menolong dalam kalangan umat Islam umumnya dan ahli-ahli PAS khususnya, satu pelan takaful berkelompok telah diwujudkan melalui lajnah ini.

Skim yang dinamai Skim Kifaalah Ahli PAS atau ringkasnya Skimpas adalah satu skim takaful yang dicipta khusus buat manfaat pendokong dan ahli-ahli PAS seluruh negara.

“Selain membuat tabungan akhirat, kita juga mahu medidik ahli PAS untuk lebih perihatin terhadap nasib ahli-ahli yang lain. Sekaligus, menjamin rabitatul qulub antara ahli.” tegas En Wan Mustafa.

Selaku jurucakap SKIMPAS, beliau menyarankan agar setiap ahli PAS tidak teragak-agak untuk menyertai skim kifalah ini.