Home Muktamar62 Artikel Pemenang Pertandingan Logo Muktamar Terima Anugerah

Pemenang Pertandingan Logo Muktamar Terima Anugerah

136
SHARE

 

KOTA BHARU, 2 Jun:¬†Mohamed Syakirin Mohd Khalid dari Bandar Tenggara, Kulai telah menerima Anugerah Pemenang Logo yang disampaikan oleh Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan satu replika cek berjumlah RM1,650 dan sijil penghargaan.

Beliau telah mengambil inspirasi daripada tuan rumah Muktamar Tahunan kali ini iaitu Negeri Kelantan Darul Naim.

Di samping itu, beliau turut mengambil semangat sempena menyambut ulangtahun PAS yang ke-62 serta meraikan usia PAS yang ke-65 pada tahun ini.

Pemilihan kali ini dilakukan dalam dua pusingan iaitu saringan awal oleh jawatankuasa teknikal yang dilantik Jabatan IT PAS Pusat, selaku urusetia penganjur pertandingan sebelum diserahkan kepada pemilihan terakhir pemenang utama oleh jawatankuasa khas pemilihan jawatankuasa panitia induk Muktamar Tahunan PAS ke-62 pada 5 Mei lalu.