Home Muktamar PAS Ke 64 Pemuda Mesti Sedia Sambung Legasi Kepimpinan

Pemuda Mesti Sedia Sambung Legasi Kepimpinan

2
SHARE

Oleh:  Asmaa Yusuf

KUALA TERENGGANU, 16 Sept – Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menerusi ucapan dasarnya menggariskan peranan pemuda dalam mengisi kemenangan parti.

Katanya, Dewan Pemuda mestilah sentiasa dinamik, melengkapkan diri dengan ilmu Islam, dan bersedia menyambung legasi perjuangan kepimpinan.

“Pendekatan dakwah yang kreatif, penguasaan media sosial dan penglibatan di lapangan anak muda mesti dimanfaatkan untuk membawa mesej Islam.

“Pemuda juga perlu mendepani isu nasional dan antarabangsa, serta mampu mengemukakan solusi terhadap permasalahan rakyat dan anak muda,” pesan Tuan Guru.

Perwakilan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Akram Akrami Taib Azamuden menyatakan penghargaan terhadap keyakinan yang diberikan dan menyambut baik saranan Presiden PAS itu.

“DPPM mengucapkan terima kasih kepada Presiden kerana memberi peluang kepada anak muda mengisi kerusi dalam Pilihan Raya Umum Kali ke 14 lalu.

“Dalam ucapan dasar Presiden PAS tahun lepas, Tuan Guru berkata sebanyak 45% barisan pemuda akan disusun sebagai calon PRU.

“Pada PRU lalu, sebanyak 47% pengundi adalah orang muda dan jumlah itu akan meningkat sekiranya Kerajaan Persekutuan meluluskan umur mengundi bawah 21 tahun,” katanya.

Sebelum mengakhiri ucapan, beliau berharap PAS pusat terus memberikan keyakinan kepada pemuda untuk mengisi kemenangan.

SHARE
Previous articlePAS Mesti Menangi Perang Persepsi