Home Muktamar61 Artikel Pemuda PAS fokus 10 agenda utama

Pemuda PAS fokus 10 agenda utama

116
SHARE

SHAH ALAM: Pemuda PAS Malaysia hari ini memberi fokus sepuluh agenda utama yang perlu ditempuhi dalam menghadapi cabaran akan datang.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata melalui tema Muktamar Tahunan Pemuda PAS kali ke-56, ia merupakan satu peringatan yang penting bagi memastikan terus kukuh berjuang dalam Pakatan Rakyat bagi mengisi harapan dan amanah yang diberikan oleh rakyat.

Ketika menyampaikan ucaptama pada muktamar dewan itu yang bertemakan ‘Mempersiap Generasi Kemenangan’ di Auditorium Dewan Jubli Perak di sini, petang ini jelas beliau sepuluh agenda tersebut adalah:

1. Membangun Generasi Al-Helmy

Katanya, Pemuda PAS bertanggungjawab membangunkan generai kemenangan mengikut acyan yang tersendiri. Konsep pemuda Al-Helmy yang mempunyai eleman rabbani, faqih dan haraki akan menjadi asas kepada pembangunan ini.

2. Mempertahankan Amanah dan Harapan Rakyat

Katanya, Pemuda dalam mempertahankan mufakat yang telah dibina, bertegas dengan suara-suara yang berpotensi untuk membawa kepada perpecahan Pakatan Rakyat.

Tegasnya, Pemuda tidak sesekali membenarkan muafakat yang dibina oleh pemimpin terdahulu dimusnahkan oleh nafsu amarah dan kecuaian.

3. Politik Sederhana

Menurutnya, politik budiman yang telah digagaskan dalam muktamar yang lepas adalah politik berbudi, berakal dan bijaksana.

Pendekatan sederhana adalah berlatarbelakang kepada politik dalam negara.

4. Aktivis Mahasiswa Calon Pilihan raya ke-15

Pemuda PAS akan mengangkat suara mahasiswa pada kedudukan yang tinggi dan strategik itu dengan mencadangkan kepada PAS dan Pakatan Rakyat seorang calon kerusi parlimen kepada aktivis mahasiswa yang sedang menuntut ataupun yang masih berada dalam tempoh tiga tahun seleps bergraduasi.

5. Projek Anjung Budiman

Menurutnya, projek itu adalah satu projek menempatkab sekumpulan anak muda dalam satu kumpulan di mana mereka mendapat bimbingan untuk maju ke hadapan.

“Pemuda PAS bukan pemberi modal atau menyediakan peluang pekerjaan tetapi menyediakan tempt penginapn untuk diaewa dan menyediakan modul pembangunan motivasi yang islamik untuk membimbing mereka sehingga berjaya,” ujarnya.

6. Projek Rumah Budiman

Kata Suhaizan, Pemuda PAS menyediakab rumah untuk mereka yang terlibat dalam bencana banjir sehingga kehilangan tempat tinggal.

Justeru, ujarnya Pemuda PAS akan terus berusaha bagi memastikan dana terus diperolehi untuk membinae Rumah Budiman sebagai usaha membantu meringankan beban Negeri Kelantan.

7. Mengarusperdanakan Penyelidikan Dalam Gerah kerja Pemuda untuk menjadi satu sayap parti yang berkesan di mana Pemuda mestilah menerap budaya kerja berkualiti dalam setiap program yang dilaksanakan.

“Pemuda tidak mahu apa juga program yang dilakukan, dibuat secara adhic sata-mata, perancangan mestilah dibut setiap awal sesi agar perancangan yang lebih rapi dapat dilakukan,” katanya.

8. Koperasi Pemuda PAS Malaysi (Komuda)

Penubuhan Jabatan Pembangunan Usahawan atau Usahawan Impak adalah suatu yang sangat membanggakan Pemuda, ini kerana sambutan yang diberikan oleh anak-anak muda untuk setiap program impak adalah cukup baik.

9. Menyegarkan Semula Wacana Negara Berkebajikan

PAS, ujar beliau telah berani menggagaskan agenda Negara Berkebajikan sebagai suatu penjenamaan baru terhadap agenda negara Islam yang dilaungkan sejak dahulu.

Katanya, Pemuda PAS akan meneruskan langkah Negara Berkebajikan PAS dengan memperincikan setiap perkara yang telah digariskan dalam dokuman sebelum ini dengan mengambil kira aspirasi masyarakat khususnya anak muda.

10. Pendidikan Islam Yang Menyeluruh

“Menyebut tentang pendidikan, sudah pasti pertama yang muncul di kepala kita adalah kejayaan dan kegemilangan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) yang cukup membanggakan,” katanya lagi.

Tambahnya, pihak pengurusan Pasti Malaysia telah berjaya membuat pelbagai inovasi dan melaksanakan penjenamaan semula Pasti dalam pelbagai aspek sehingga menjadikan Pasti kini kian segar, kreatif dan hebat pada kaca mata masyarakat. –¬†HARAKAHDAILY 2/6/2015