Home Muktamar61 Artikel Pemuda Teguh bersama Presiden dan Memperkasa DHPP

Pemuda Teguh bersama Presiden dan Memperkasa DHPP

107
SHARE

KUALA SELANGOR, 6 Jun – Penggulungan seterusnya adalah Ketua Pemuda, Ustaz Nik Abduh yang merupakan ucapan pertama selepas muktamar. Ustaz Nik Abduh berazam untuk memimpin Dewan Pemuda dengan akal dan bukan mulut sambil memberi penghargaan kepada Allahyarham ayahandanya.

Menurutnya, kekuatan PAS bukan kerana ramainya pengikut. Tetapi mempunyai ahli yang berpegang teguh selaras kehendak Allah. Tegasnya, Tuan Guru Presiden adalah ketua dan pemuda tetap teguh bersama Presiden.

“Muktamar kali ni bukanlah menolak pimpinan lama,ia hanyalah dedikasi untuk tetap bersama presiden”, katanya lagi.

Beliau juga menyatakan pentingnya ikhlas dalam perjuangan dan berharap setiap ahli dapat menjaga keikhlasan masing-masing. Beliau berharap semua pihak dapat memberi keyakinan kepada saf pimpinan baharu dan berjanji akan terus berjuang dalam Pakatan Rakyat.

Ustaz Nik Abduh menjelaskan di peringkat dewan pemuda akan memperteguhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS dengan menubuhkan lujnah di peringkat pemuda. Komitmen beliau untuk bergerak ke saeawak dalam misi melahirkan anak muda PAS di Sarawak.