Home Muktamar PAS Ke 66 Pendidikan Menjadi Sumber Kekuatan PAS

Pendidikan Menjadi Sumber Kekuatan PAS

341
SHARE

[ Muktamar PAS 66 : Ucapan Penggulungan Pimpinan Utama ]

Dewan Ulama’ PAS Pusat (DUPP) mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua perwakilan kerana meluluskan usul menubuhkan Dewan Ulama’ di peringkat kawasan-kawasan. DUPP bakal menggerakkan ulama’ kawasan-kawasan selepas daripada ini.

In shaa Allah, sebanyak 245 Institusi Pendidikan berdasarkan pondok samada tahfiz dan bukan tahfiz akan dibangunkan sebagai medan pendidikan yang membantu kepada perjuangan Islam dan medan kepada kekuatan parti.

Pendidikan menjadi sumber kekuatan PAS dalam membentuk jiwa ansorullah.

DUPP komited memastikan masyarakat menghayati agama Islam samada daripada kalangan umat Islam sendiri termasuklah golongan bukan Islam. Komitmen ini bertujuan menyatukan perpaduan kaum walaupun berlainan agama dapat dicapai sebaikmungkin.

Selain itu, peranan media sosial akan dimanfaatkan oleh DUPP dalam mendidik masyarakat yang dahagakan ilmu sepertimana yang berlaku sambutan yang baik terhadap media sosial DUPP sepanjang fasa PKP lalu.

Akhirnya, marilah sama-sama kita mendalami ilmu-ilmu Allah SWT sehingga mencapai tahap mujtahid dalam medan siyasah agar jemaah PAS terus terpandu seterusnya Allah mengurniakan siri kemenangan yang lebih besar sekaligus melihat syariat Islam dapat diterjemahkan dengan lebih berkesan.

Ustaz Dr. Haji Nik Zawawi Haji Salleh
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat