Home Muktamar62 Artikel Pendidikan Tonggak Pembangunan Insan

Pendidikan Tonggak Pembangunan Insan

73
SHARE

 

KOTA BHARU: Pendidikan yang disediakan oleh pihak kerajaan, dan pihak swasta dalam negara kita ini perlu mempunyai nilaian fizikal dan rohnya yang jelas, demikian menurut Tuan Guru Presiden PAS dalam ucapan dasar muktamar PAS ke-62.

Tuan Guru menegaskan bahawa PAS tidak menolak kepentingan Bahasa Inggeris, ataupun Bahasa Mandarin,Bahasa Perancis, Bahasa Jepun dan sebagainya, tetapi prinsip utama ialah pembelajaran matapelajaran Sains, Matematik, Teknologi Rekabantuk dan ICT mestilah dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Mengulas lanjut, Tuan Guru Presiden berkata pendidikan adalah aspek pembangunan insan, acuannya hendaklah memenuhi sifat kejadian manusia.

Tambah beliau peranan pendidikan dalam kehidupan dunia untuk beribadat, menjadi khalifah dan menunaikan amanah Allah swt.

“Tahap kemajuan tamadun barat terkini dalam aspek politik, ekonomi sehinggalah sains dan teknologinya sedang memusnahkan diri sendiri.

“Oleh kerana ianya tidak mencapai matlamat kejadian manusia kerana pendidikannya tidak mampu memenuhi segala sifat fitrah manusia”, ujar beliau.