Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Muslimat Penterjemah Bahasa Isyarat dalam Muktamar DMPM ke-58

Penterjemah Bahasa Isyarat dalam Muktamar DMPM ke-58

140
SHARE

Penterjemah Bahasa Isyarat dalam Muktamar DMPM ke-58

Oleh : Amirah

KUALA TERENGGANU, 14 Sept – Muktamar Dewan Muslimat Pas Malaysia (DMPM) ke-58 turut meraikan hak golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) pendengaran dengan menyediakan penterjemah bahasa isyarat bagi setiap ucapan pimpinan semasa muktamar ini berlangsung termasuk slot ucaptama.

Terjemahan bahasa isyarat ini disampaikan oleh Saudari Noor Haseken P Rameli yang turut berada di pentas hadapan sebaris dengan barisan pimpinan DMPM.

Ini merupakan satu penambahbaikan dalam muktamar DMPM kali ini sebagai menghargai muktamirat dan pemerhati daripada golongan OKU pendengaran dan pertuturan.

Oleh sebab DMPM mahukan semua peringkat masyarakat dapat memahami segenap pengisian yang disampaikan untuk kebaikan bersama, DMPM bersedia melakukan apa sahaja penambahbaikan yang perlu.

Jelasnya, langkah ini menarik perhatian seisi ahli dewan muktamar yang hadir pada hari ini. Keberadaan golongan OKU turut dirasai dan dihargai dalam dewan muktamar kali ini.