Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Pemuda Peranan Besar Pemuda PAS Selamat Generasi

Peranan Besar Pemuda PAS Selamat Generasi

64
0
SHARE

Oleh: Aziz Hambali

Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berdepan dengan cabaran dan peranan yang besar untuk menyelamatkan generasi muda yang kini semakin parah.

Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata, generasi ini perlu diselamatkan dengan kesedaran agama.

“Kita harus membantu dan mengeluarkan mereka daripada kejahilan agama, masalah sosial dan keruntuhan akhlak.

“Justeru, pemuda berperanan penting untuk memberikan pendidikan politik yang matang dan menyedarkan mereka akan serangan pemikiran penjajah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) Kali Ke-49.

Terdahulu, muktamar tersebut dimulakan dengan acara konvoi. Ratusan anak muda menyertai konvoi tersebut dan mereka berlepas dari Masjid Rusila.

Muktamar yang diadakan di Dewan Majlis Daerah Marang, Kampung Paya itu dihadiri oleh lebih 800 perwakilan dan pemerhati dari seluruh negeri yang mewakili setiap kawasan.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong, ADUN Manir, Ustaz Hilmi Harun, ADUN Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim dan Bendahari PAS Terengganu, Cikgu Shukrimun Shamsudin.

sumber: https://www.teganukita.net

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here