Home Muktamar PAS Ke 66 Dewan Muslimat Perasmian Muktamar DMPM ke-60 Bermula

Perasmian Muktamar DMPM ke-60 Bermula

218
SHARE

Hotel Premiera menjadi saksi buat julung kali sebagai lokasi terpilih untuk Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia kali ke-60 kali ini yang diadakan pada 11 September sehingga 12 September 2020.

Kelihatan rakan Muafakat Nasional, Wanita UMNO memasuki dewan muktamar untuk perasmian. Wanita daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS juga hadir memeriahkan sidang muktamar ini.

Di sudut depan dewan muktamar, pengacara majlis, Nurul Syazwani Nordin sudah bersedia di hadapan bagi mengendalikan majlis gemilang ini

Menariknya juga, Muktamar kali ini menampilkan jurubahasa bahasa isyarat istimewa sebagai tanda PAS meraikan golongan ini dalam arus perdana.

Sidang muktamar kali ini juga boleh ditonton secara langsung melalui laman media rasmi PAS Pusat di FB Dewan Muslimat PAS Malaysia dan yotube Media Dewan Muslimat PAS Malaysia.