Home Muktamar62 Artikel Perasmian Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Pusat Kali Ke 55

Perasmian Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Pusat Kali Ke 55

130
SHARE

PASIR PUTIH, 31 Mei:¬†Kali ini sekali lagi kembalinya negeri Kelantan Darul Naim menjadi tuan rumah bagi Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat, bumi Kelantan yang kita gigih menterjemahkan tujuan-tujuan Parti Islam SeMalaysia (PAS) sebagai sebuah Harakah Islamiyyah di bawah kepimpinan ulamak, bawah kepimpinan YAB Dato’ Ustaz Haji Ahmad Yakob, Timbalan Mursyidul Am PAS.

Telah pun berlangsungnya Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat kali ke 55 ini, dengan membawa tema “Memimpin Gerakan Perubahan”.

Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat kali ini dirasmikan serta dihadiri oleh YB Ustaz Idris Ahmad, Naib Presiden PAS.

Turut hadir dalam Muktamar Dewan Ulamak PAS kali ini juga, Dato’ Mahfodz Mohamed (Ketuan Dewan Ulamak PAS Pusat), Dato’ Nik Muhammad Zawawi Salleh (Timbalan Ketuan Dewan Ulamak PAS Pusat), Dato’ Dr Johari Mat (Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat) dan Dato’ Hassan Mahmod (Ketuan Dewan Ulamak PAS Kelantan, juga hadiri termasuklah wakil-wakil Gerakan Islam negara lain seperti Turki, Thailand dan negeri-negeri lain.