Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat Perbarisan Briged Gegar Hati Para Tetamu

Perbarisan Briged Gegar Hati Para Tetamu

778
SHARE

Perbarisan Briged Gegar Hati Para Tetamu

Oleh: Nadiah Saari

KUANTAN, 15 Jun – Seramai 25 orang anggota Briged Muslimat Malaysia telah mencuri perhatian tetamu kehormat dengan perbarisan yang kemas di Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia kali ke-59 hari ini.

Dalam acara tersebut, Presiden PAS Pusat, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah menerima tabik hormat dari Briged Muslimat yang diketuai oleh Saudari Siti Khadijah Md Zaini sebagai tanda penyempurnaan perbarisan.

Keselamatan para perwakilan dan pemerhati sentiasa diambil berat dalam mana – mana muktamar dengan keberadaan Briged Muslimat yang bertugas mengawal persekitaran dewan.

Selain itu, komponen DMPM yang lain seperti Nusaibah, Ameerah Malaysia dan MusMedik turut hadir bagi menyahut seruan muktamar kali ini.