Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Ulamak Perjuangan Islam Mesti Berteraskan Al Quran dan Sunnah

Perjuangan Islam Mesti Berteraskan Al Quran dan Sunnah

79
SHARE

Oleh: Asyraf Hanif

Indera Mahkota, 20 Jun – Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Dr. Haji Mahfodz Bin Mohamed menegaskan bahawa panduan kepada perjuangan Islam adalah bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah.

Beliau di dalam ucaptamanya menyebutkan bahawa kedua-dua sumber itu adalah penentu kepada baik buruk sesuatu perkara.

“Panduan perjuangan Islam adalah al-Quran dan as-Sunnah. Kedua-dua sumber ini adalah penentu antara kebenaran dan kebathilan,” katanya.

Beliau juga menegaskan lagi bahawa sokongan majoriti bukanlah penentu kepada kebenaran kerana prinsip perjuangan Islam berbeza dengan prinsip demokrasi acuan barat.

“Bagi yang menepati kedua-duanya maka ia benar, manakala bagi yang bercanggah dengan kedua-duanya, maka ia tetap salah walau disokong oleh majoriti manusia.” Tegas beliau di dalam ucaptamanya.

“Kebenaran diukur oleh dua sumber ini, bukan melalui sokongan majoriti semata-mata.

“Inilah beza prinsip perjuangan Islam dengan demokrasi acuan barat.

Barat telah mencipta pelbagai prinsip-prinsip seperti hak asasi manusia dan lain-lain dalam usaha menjauhkan umat Islam daripada sumber al-Quran dan as-Sunnah.