Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Ulamak Perjuangan Islam Tidak Akan Terhenti Sehingga Hari Kiamat

Perjuangan Islam Tidak Akan Terhenti Sehingga Hari Kiamat

218
SHARE

Oleh: Asyraf Hanif

Indera Mahkota, 20 Jun – Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Dr. Haji Mahfodz Mohamed menyifatkan perjuangan Islam bukan sekadar terhenti setelah wafatnya Nabi Muhammad SAW 1400 tahun yang lalu.

“Perjuangan Islam tidak terhenti dengan wafatnya para rasul malah perjuangan Islam akan terus dipikul oleh umat sehingga hari kiamat,” Katanya pada ucaptama beliau.

Beliau juga menegaskan bahawa akan sentiasa wujud kelompok yang memperjuangkan kebenaran sehingga mereka diberikan kemenangan ataupun mereka syahid di jalan Allah.

“Baginda Rasulullah SAW memberi jaminan akan terus wujud kelompok manusia yang memperjuangkan kebenaran tanpa rasa gerun dan tidak sekali-kali tunduk kepada musuh.

“Kelompok perjuangan tersebut terus istiqamah sehingga Allah mengurniakan mereka kemenangan atau mereka beroleh syahid di sisi Allah SWT.

Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat pada kali ini diadakan di Wisma Belia Indera Mahkota.