Home Muktamar PAS Ke 64 Perlembagaan PAS Buktikan PAS Bukan rasis

Perlembagaan PAS Buktikan PAS Bukan rasis

3
SHARE

Oleh: Fiqri Zurani

Kuala Nerus, 16 Sept – Ketua Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Hajjah Najihatussolehah Ahmad menyatakan dalam ucapan penggulungannya harini bahawa lajnah itu boleh dikategorikan sebagai kerja-kerja dakwah.

“Kalau kita melihat dalam Fasal 6, usaha-usaha PAS dalam perkara (8), (9) dan (10) yang perlu dibawa oleh lajnah ini iaitu:

(8) Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.

(9) Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.

(10) Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjalinkan hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia,” ulasnya.

Beliau turut menjelaskan usaha-usaha Lajnah Perpaduan Nasional bersama DHPP terus berusaha untuk mengelakkan perbezaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Jangan jadikan perbezaan itu sebagai satu halangan, tetapi jadikan perbezaan itu untuk mencari ruang bersama dalam perbezaan tersebut,” ujarnya lagi.

Selain itu, beliau mengingatkan kepada semua ahli PAS agar tidak menyentuh isu-isu perkauman yang boleh meningkatkan lagi sentimen perkauman.

SHARE
Previous articlePAS Tolak Cukai Kepenggunaan