Home Muktamar PAS Ke 65 Perlu garis panduan taawun PAS-Umno

Perlu garis panduan taawun PAS-Umno

1
SHARE

Oleh: ASLANI M

KUANTAN: Muktamar PAS Pusat hari ini menerima usul tanpa bahas berhubung taawun PAS dan Umno serta parti dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang boleh menerima dasar perjuangan PAS.

Usul dibentang Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Mohd Asri Mat Daud disokong PAS Pandan, Kota Raja, Serdang, Kuala Pilah, Sungai Besar, Bangi dan Temerloh.

Mohd Asri berkata, ahli dan penyokong PAS perlu memahami konsep taawun dan tahaluf siyasi yang sangat diperlukan sebagai asas membina penyatuan ummah dalam masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

“Kita mengusulkan agar pimpinan PAS dan Majlis Syura Ulamak supaya mematerai taawun dan tahaluf siyasi dengan Umno dan parti politik lain, dalam masa sama meletakan garis panduan yang jelas.

“Dalam masa sama hendak mengadakan garis panduan asas, syarat-syarat dan batas kerjasama politik dengan parti lain menakala hubungan parti Gagasan Sejahtera terus diperkasakan,” katanya.

Usaha itu juga katanya, selaras dengan Perlembagaan PAS yang membenarkan kerjasama dengan sebarang persatuan atau pertubuhan yang tidak bertentangan dengan undang-undang negara.