Home Muktamar60 Artikel Perlu tubuh segera Jawatankuasa Krisis

Perlu tubuh segera Jawatankuasa Krisis

136
SHARE

BATU PAHAT, 19 Sept –¬†Saudara Mohd Sany Hamzah, wakil Dewan Pemuda dalam membahas Ucapan Dasar Presiden menyeru pimpinan tertinggi PAS untuk segera menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Krisis.

“Ini adalah penting dalam menguruskan pelbagai isu yang timbul sehingga pelbagai tanggapan dibuat yang merosakkan imej PAS”

Penyataan ini turut disokong oleh Nor Hayati Bidin, Wakil DMPP dalam perbahasan beliau, Beliau menekankan keperluan untuk bermesyuarat dan mencapai konsensus bersama untuk ” agree to disagree”.

Wakil Pemuda juga menekankan kepentingan untuk Jawatankuasa Displin berperanan sepenuhnya bagi mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas ahli-ahli PAS yang mengeluarkan pelbagai kenyataan yang mengelirukan.

Beliau juga menekankan kepentingan untuk Dato Presiden hadir dalam semua mesyuarat di peringkat tertinggi PR agar suara adalah sekata.