Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Muslimat Persatuan Orang-Orang Buta Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) Turut Hadiri Muktamar DMPM ke-58

Persatuan Orang-Orang Buta Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) Turut Hadiri Muktamar DMPM ke-58

30
SHARE

Persatuan Orang-Orang Buta Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) Turut Hadiri Muktamar DMPM ke-58

Oleh : Amirah

KUALA TERENGGANU, 14 Sept – Muktamar Dewan Muslimat Pas Malaysia (DMPM) ke-58 turut dihadiri oleh Pengerusi Persatuan Orang-Orang Buta Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), Encik Mohammad Faizal Che Yusof sebagai pemerhati muktamar kali ini.

PERTIS merupakan NGO kebangsaan yang menaungi golongan orang kelainan upaya (OKU) penglihatan di Malaysia.

Encik Mohammad Faizal Che Yusof juga merupakan peguam sivil dan syari’e Mahkamah Kota Bharu, Kelantan.

Ini menunjukkan bahawa PAS tidak meminggirkan golongan OKU dalam menjalankan gerak kerja dakwah dan kebajikan. PAS mengalu-alukan semua golongan dalam menjalankan tugas mulia ini dengan meraikan semua kebolehan yang ada.

Selain itu, muktamar kali ini turut diserikan lagi dengan jurubahasa isyarat yang membantu perwakilan yang kurang upaya untuk memahami ucapan yang disampaikan oleh para pimpinan.