Home Muktamar62 Artikel Pertandingan logo Muktamar ke 62 bermula

Pertandingan logo Muktamar ke 62 bermula

124
SHARE

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Parti Islam SeMalaysia (PAS) sekali lagi pertandingan mencipta logo Muktamar Parti Islam SeMalaysia (PAS) ke62 yang akan di adakan di Kota Bharu Kelantan pada awal bulan Jun, 2016 di Kota Bharu, Kelantan.

Menurut Pengarah Pertandingan Logo Muktamar ke62, Shuhaimi Embong, PAS telah beberapa kali menganjurkan pertandingan mencipta logo untuk Muktamar PAS. Sambutan pada pertandingan yang diadakan sebelum ini adalah diluar jangkaan pihak penganjur.

“Kali terakhir PAS mengadakan pertandingan mencipta logo Muktamar adalah pada Muktamar ke 59 yang diadakan di Shah Alam” katan Ketua IT Panitia Muktamar ke 62.

Penyertaan pada pertandingan ini terbuka kepada semua ahli PAS sahaja dan penyertaan boleh hantar kepada pihak penganjur mulai sekarang hingga 29hb April 2016.

Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi dikehendaki mengisi borang yang disediakan di laman web rasmi PAS Pusat : http://pas.org.my/logomuktamar62/

“Pertandingan ini dikendalikan oleh Panitia Induk Muktamar PAS ke62 dan diuruskan oleh Jabatan IT PAS Pusat” kata Shuhaimi Embong, Pengarah IT PAS Pusat.