Home Muktamar PAS Ke 63 Pertandingan Logo Muktamar PAS Kali Ke 63

Pertandingan Logo Muktamar PAS Kali Ke 63

575
SHARE

KUALA LUMPUR, 13 Feb : Parti Islam SeMalaysia (PAS) sekali lagi menganjurkan pertandingan mencipta logo Muktamar Parti Islam SeMalaysia (PAS) ke 63 yang akan di adakan di Negeri Kedah Darul Aman pada akhir bulan April 2017 nanti.

Menurut Pengarah Pertandingan Logo Muktamar ke 63, Shuhaimi Embong, pertandingan cipta logo muktamar pada kali ini akan menawarkan hadiah kepada 11 orang pemenang berbanding tahun lepas iaitu 6 orang sahaja termasuk pemenang utama.

PAS telah beberapa kali menganjurkan pertandingan mencipta logo untuk Muktamar PAS. Sambutan pada pertandingan yang diadakan pada tahun lepas adalah diluar jangkaan pihak penganjur.

Penyertaan pada pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan penyertaan boleh hantar kepada pihak penganjur mulai 13 Februari sehingga 3 Mac 2017.

Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi dikehendaki mengisi borang yang disediakan di laman web rasmi: http://pas.org.my/logomuktamar

“Pertandingan ini dikendalikan oleh Panitia Induk Muktamar PAS ke63 dan diuruskan oleh Jabatan IT PAS Pusat”, kata Shuhaimi Embong yang juga Pengarah IT PAS Pusat.