Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat Pertanian Dalam Islam dan Realiti Masa Kini

Pertanian Dalam Islam dan Realiti Masa Kini

211
SHARE

Pertanian Dalam Islam dan Realiti Masa Kini

Oleh : Aisyaa Yasmin

KUANTAN, 15 Jun – Perwakilan Dewan Muslimat PAS Sarawak, Amanda Matali ketika ucapan penangguhan di sidang muktamar hari ini mengetengahkan isu pertanian dalam Islam dan realiti masa kini.

Terdahulu, beliau memetik kalam Iman An Nawawi berkenaan sebaik-baik perkerjaan adalah yang dilakukan dengan tangannya.

Kemudian, mengimbau sejarah kegemilangan Islam dengan penceritaan tokoh terkemuka seperti Ibnu Sina dan Ibnu Al Baytar dalam bidang pertanian.

“Jika kita telusuri ilmuan Islam seperti Ibnu Sina dan Ibnu al Baytar yang mempelopori bidang pertanian, kita dapat melihat bagaimana potensi asas tani boleh membantu dalam membangun komoditi dan perkembangan ilmu dalam Islam,” ungkapnya.

Mengulas lebih lanjut, katanya lagi pertanian mencakupi tiga aspek penting iaitu yang dilakukan dengan tangan, berkonsepkan tawakal dan bermanfaat untuk manusia.

“Di sini kita melihat potensi asas tani dalam membangun komoditi dan perkembangan ilmu dalam Islam.”

Namun katanya, realiti hari ini sedikit menghampakan kerana bidang pertanian kian merosot atas beberapa faktor.

“Realitinya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, suku ke empat 2015 sektor pertanian tidak mengalami pertumbuhan positif
akibat kemerosotan harga komoditi pertanian iaitu sawit dan getah.

“Selain itu, kita mengalami masalah tenaga buruh serta daya saing yang tinggi di peringkat global walaupun sektor pertanian hanya menyumbang sebanyak 7.9% dalam KDNK negara, namun kemerosotan ini harus diambil perhatian.”