Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Muslimat Perwakilan Negeri Sembilan dan Johor Sentuh Kebajikan Masyarakat

Perwakilan Negeri Sembilan dan Johor Sentuh Kebajikan Masyarakat

2
0
SHARE

Perwakilan Negeri Sembilan dan Johor Sentuh Kebajikan Masyarakat

Oleh : Nadiah Saari

KUALA TERENGGANU, 14 Sept – Perwakilan dari Negeri Sembilan menyarankan agar seluruh muktamirat terlibat dalam gerak kerja badan bukan kerajaan (NGO) dan memperkukuhkan hubungan dengan NGO – NGO yang ada.

“Aktiviti NGO yang berkait dengan Orang Kurang Upaya (OKU) sangat kurang diketengahkan di negara kita.

“Sepatutnya kita juga perlu memberi penekanan kepada pendidikan golongan OKU agar mereka juga mendapat pendidikan agama yang baik,” katanya yang menyentuh isu NGO berkaitan dengan OKU.

Selain itu, perwakilan dari negeri Johor juga telah membentangkan isu berkaitan manual kebajikan dan kemasyarakatan yang telah diperkenalkan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat sejak 2017 lagi.

Beliau turut menekankan isu pembahagian sumber manusia bagi mendekati masyarakat melalui aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.

“Aktiviti kemasyarakatan adalah “entry point” untuk mendekati masyarakat. Dengan ini dakwah fardhiah dapat dilaksanakan.

“Aktiviti ini juga memberi peluang untuk kita membina jaringan bersama NGO – NGO lain. Dengan ini spektrum mad’u menjadi semakin luas,” terangnya bersungguh kepada para muktamirat di Muktamar Dewan Muslimat PAS Malayasia kali ke-58.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here