Home Muktamar61 Artikel Perwakilan Pahang Bangkit Isu Alam Sekitar

Perwakilan Pahang Bangkit Isu Alam Sekitar

93
SHARE

KUALA SELANGOR, 5 Jun – Perwakilan Pahang, Ustaz Nazri Ahmad memulakan ucapan dengan merakamkan penghargaan PAS Pahang kepada semua yang terlibat dalam PRK Rompin. Melalui PRK tersebut, PAS membuktikan mampu mengurangkan majoriti undi hasil daripada momentum yang ditunjukkan ahli dan petugas PAS.

Beliau memberi penegasan, PAS bukan hanya parti membela rakyat dan kebajikan, malah teguh dalam mempertahankan prinsip perjuangan. PAS Pahang menurutnya telah menghantar memorandum kepada kerajaan negeri berkenaan isu penerokaan hutan dan alam sekitar di negeri itu. Menurutnya, banjir yang berlaku di negeri Pahang adalah berpunca daripada sikap sambil lewa penjagaan ekosistem oleh kerajaan negeri.

selain itu, beliau membangkitkan isu serangan pihak tertentu untuk menjatuhkan pemimpin tertentu yang dilihat tidak diambil tindakan daripada PAS Pusat sehinggakan pelapor konspirasi ditohmah sebagai mencari publisiti.

Di akhir ucapan, beliau mengharapkan bantuan dalam menyiapkan komplek PAS di Pahang dan Pahang menyokong penuh ucapan dasar Presiden.