Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Muslimat Perwakilan Perak Petah Memberi Solusi

Perwakilan Perak Petah Memberi Solusi

3
0
SHARE

Perwakilan Perak Petah Memberi Solusi

Oleh : Nadiah Saari

KUALA TERENGGANU, 14 Sept – Ucapan penggulungan Muktamar Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mendapat perhatian apabila perwakilan dari negeri Perak membentangkan solusi dengan begitu petah dan bersemangat.

Beliau telah memulakan pembentangan dengan mengingatkan kepada muktamirat untuk terus bekerja dan berjihad di jalan Allah.

Beliau juga turut menyentuh isu projek perumahan yang hangat diperkatakan.

“Projek perumahan baru perlu dipertegaskan hak milik dan tidak boleh diberikan kepada bukan bumiputera.”

Tambah beliau, kerajaan juga perlu membuat penyusunan semula masyarakat yang tampak tidak seimbang bilangannya, lantas menyumbang kepada kemudharatan.

“Perlu diadakan revolusi bandar bagi menyeimbangkan bilangan kaum Melayu yang meruncing di bandar-bandar,” kata beliau.

Selain itu, beliau juga menyarankan kepada pihak berkenaan supaya membangunkan kawasan pinggir bandar yang dilengkapi dengan jalan raya dan pengangkutan awam yang baik.

Beliau juga menyentuh isu peningkatan kadar jenayah di negara ini yang semakin meruncing.

“Pelan jangka masa panjang yang beriman perlu dirancang berdasarkan kepada konsep pembangunan mapan yang mempunyai nilai ketakwaan,” harapnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here