Home Muktamar PAS Ke 66 Dewan Muslimat Perwakilan Perlis Seru Cakna Isu Umat Islam

Perwakilan Perlis Seru Cakna Isu Umat Islam

117
SHARE

Perwakilan Perlis Seru Cakna Isu Umat Islam

Oleh: Rabiatul Adawiyah

KUALA LUMPUR: Aspek keselamatan adalah satu perkara yang penting dalam sesebuah negara.

Begitu juga, kedudukan wanita tiada bezanya dengan lelaki dalam memberi ketaatan kepada Allah SWT.

Ketika membahaskan tema ‘Islam Memimpin, Wanita Sejahtera’ dengan sub-tema ‘Pertahanan, Keselamatan Dalam Negeri dan Dasar Luar Negeri’, pembahas dari Negeri Perlis, Husna Hashim, menarik perhatian para perwakilan dengan berkata konsep wanita yang sejahtera adalah apabila wanita memiliki dan memanfaatkan hak yang diberikan oleh Islam mengikut peranan masing-masing.

Sementara itu, kata beliau, Kementerian Wanita dan Keluarga menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa Talian Kasih akan diteruskan dengan tujuan sedia ada untuk menerima aduan isu-isu wanita, keluarga dan masyarakat, khususnya menangani kejadian kecemasan berkaitan kebajikan dan kemasyarakatan.

“Tahniah kepada Timbalan Menteri, YB Siti Zailah Bt Yusuf yang menggerakkan usaha-usaha membantu dan menghargai petugas – petugas terutama dari Muslimat PAS, menggembeleng tenaga dan menyumbang bakti yang tidak terhingga dalam menangani kes-kes yang melibatkan wanita”, ujarnya.

Manakala di peringkat akar umbi, Muslimat PAS disarankan agar terus berperanan menjadi contoh tauladan dan menyedarkan masyarakat terutama wanita.

Pemahaman agama Islam menjadi benteng pertahanan diri paling ampuh dalam menghadapi serangan akidah dan pemikiran.

Tambahnya, melalui kelas-kelas pengajian dan aktiviti kemasyarakatan, Muslimat PAS berjaya berperanan dalam dakwah.

Husna Hashim yang turut memegang portfolio Lajnah Penerangan Antarabangsa DMPM menyeru para perwakilan untuk sama-sama melihat dan cakna terhadap isu umat Islam yang berlaku khususnya di negara-negara lain walaupun kini hangat dengan isu wabak Covid-19.

“Kita perlu ingat bahawa kezaliman terhadap umat Islam minoriti di Uyghur Republik Rakyat China, kaum Rohingya di Myanmar, di Somalia, Yaman, Syria, Sudan, Libya dan sebagainya tidak boleh dibiarkan.”

Maka usaha-usaha ini perlu disokong penuh.

Katanya, badan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan akan terus giat bersama-sama menjayakan Misi-misi Kemanusiaan Antarabangsa dan berkerjasama dengan PAS Relief serta NGO-NGO lain.

SHARE
Previous articleDalami Fiqh Perubatan