Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat Perwakilan Selangor Zahir Kebimbangan Ancaman Terhadap Agama & Negara

Perwakilan Selangor Zahir Kebimbangan Ancaman Terhadap Agama & Negara

219
SHARE

Perwakilan Selangor Zahir Kebimbangan Ancaman Terhadap Agama & Negara

Oleh: Ibnat Hannan

KUANTAN, 15 Jun – Perwakilan Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor ketika sesi ucapan penangguhan sebentar tadi menzahirkan kebimbangan ekoran isu-isu yang boleh menggugat keselamatan dan kedaulatan negara.

Insiden yang meragut nyawa Almarhum Ahmad Adib rentetan rusuhan kuil tahun lalu, kebocoran maklumat sulit kerajaan ke luar serta kebanjiran pelancong negara China yang dikenalpasti tidak kembali ke negara asal adalah antara perkara yang dilihat menimbulkan kebimbangan akan kewujudan ancaman luar dan dalam negara.

“Muslimat PAS Negeri Selangor sentiasa konsisten dalam seruan dan tindakan bantahan dan himpunan bagi menyatakan kesatuan mempertahankan kedaulatan Islam dan negara bersama parti pembangkang dan NGO-NGO,” ujarnya.

Ketika menyampaikan ucapan penangguhan mengenai pertahanan dan hal-ehwal dalam negara itu juga, Pn Nur Liyana Halim turut menekankan tentang ancaman pencabulan undang-undang yang berlaku di era pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

Malahan, katanya salah guna visa pelajar dan pas lawatan sosial oleh sesetengah pendatang asing menyebabkan masalah sosial seperti pelacuran dan rumah urut kian membarah di negara ini.

“Oleh itu, ayuh semua muktamirat sekalian, marilah kita sama-sama bergerak sebagai agen politik Islam yang memberi kesedaran dan penerangan kepada rakyat dalam tatacara dan prinsip pemilihan pemimpin yang bijak dan strategis dalam urus tadbir negara.”