Home Muktamar PAS Ke 66 Dewan Muslimat Perwakilan Terengganu Ketengah Isu Keganasan Terhadap Wanita

Perwakilan Terengganu Ketengah Isu Keganasan Terhadap Wanita

83
SHARE

Perwakilan Terengganu Ketengah Isu Keganasan Terhadap Wanita

Oleh: Asmaa Yusof

KUALA LUMPUR: Sesi ucapan penangguhan dimulakan oleh perwakilan dari negeri Terengganu, Puan Salimah Sulaiman yang mengetengahkan aspek pembangunan keluarga, wanita dan masyarakat.

Dalam ucapannya, Puan Salimah menzahirkan kebimbangan beliau terhadap isu keganasan
yang berlaku ke atas wanita.

“Pada hari ini, masih lagi kedengaran kisah-kisah berita bagaimana masih lagi wanita itu dianiaya di dalam rumahtangganya sendiri samada sebagai seorang isteri atau sebagai anak perempuan.

“Mereka masih menjadi mangsa jenayah dan tidak terjamin keselamatan di tempat kerja ataupun di tempat awam,” katanya.

Justeru itu jelasnya, muslimat sangat perlu memberikan input-input agar nasib golongan tersebut dapat terbela.

Memetik ucapan sama, perwakilan dari Terengganu itu mengajak para muktamirat agar mengamalkan Islam yang sebenar dalam kehidupan bagi menyucikan akidah.

“Islam mengandungi ajaran yang syumul, membantu manusia dari segala aspek kehidupan,” tegasnya.