Home Muktamar PAS Ke 65 PH dihantui polemik kerajaan sepenggal

PH dihantui polemik kerajaan sepenggal

29
SHARE

Oleh : ASLANI M

KUANTAN: Kerajaan yang menguasai Putrajaya sekarang dianggap kerajaan sementara berdasar kegagalan melaksanakan banyak janji yang diuar-uarkan pada kempen Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

Wakil Kelantan Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal melaksanakan janji yang diisytiharkan ketika kempen PRU lepas.

Katanya, kemenangan mereka boleh dianggap sebagai menang kerana mencipta cerita yang cuba melunakkan rakyat.

“Kita jangan terperangkap lagi dan tidak bersedia untuk menghadapi PRU yang akan dijangka diadakan pada bila bila masa.

“Kemungkinan fitnah lebih besar akan berlaku bagi mereka menghadapi PRU akan datang.

“Mereka tentunya merasakan begitu sukar bagi mempertahankan kemenangan pada PRU 15,” katanya ketika berucap menyokong ucapan dasar presiden pada hari kedua Muktamar Tahunan PAS Ke-65 di Stadium Tertutup SUKPA di sini, petang ini.

Oleh itu, beliau sebagai mewakili Kelantan berharap seluruh pimpinan PAS bangkit melaksanakan kerja secara bersungguh-sungguh bagi menggantikan kerajaan yang ada sekarang. – HARAKAHDAILY 22/6/2019