Home Muktamar PAS Ke 63 Dewan Pemuda PH tidak perlu ambil peduli jika PAS lemah

PH tidak perlu ambil peduli jika PAS lemah

84
SHARE
DUA tiga hari ini, PAS di dua sayap partinya telah melangsungkan muktamarnya. Dalam menyusun strategi parti, beberapa isu dibawa ke muktamar termasuk isu semasa yang melingkari anak muda serta wanita. Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia pada 15 Jun lalu, sementara sayap pemuda pada hari ini dan esok.
Namun yang mengejutkan, walaupun PH mendakwa PAS sudah tidak relevan, tiada penyokong dan pengaruh, mereka gila pula menyerang parti ini yang dikatakan tidak lagi relevan dalam politik massa.
Kerjasama erat atas nama ‘taawun  siyasi’ yang dibawa PAS bersama bekas seterunya iaitu Umno membuatkan mata dan telinga PH sakit lantas meroyan tak tentu hala. Itu belum lagi PAS meterai Piagam bersama Umno yang mungkin akan jari inti ucapan dan perbahasan semasa muktamar pusat.
Lihat sahaja apabila Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi menyentuh soal PAS pernah bersama dan berseteru dengan Umno atas prinsip Islam, malah ditegaskan juga PAS pernah bersama dan berseteru dengan PKR, DAP dan lain-lain lagi, semuanya atas dasar “Demi Islam”, maka makin meroyan pula PH.
Tahaluf  Siyasi,  Taawun  Siyasimahupun gabungan mana-mana sekalipun, PAS meletakkan Islam sebagai asas kepada hubungan itu. Hal ini sudah sekian lama, bukan sehari PAS mendepani politik massa berkompromi atau tidak, semuanya PAS sandarkan kepada Islam.
Seperti kata Ustaz Muhammad Khalil, dari sudut kerjasama politik, PAS pernah menyertai Parti Perikatan pada tahun 1973 dan menjadi sebahagian daripada kerajaan dengan tujuan menjamin kestabilan politik negara pasca peristiwa 13 Mei 1969 sebelum dikeluarkan daripada perikatan tersebut pada tahun 1978 disebabkan krisis politik di Kelantan.
Pada tahun 1989, PAS bersama Semangat 46 serta parti kecil lain membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU) berjaya membetuk kerajaan di Kelantan pada tahun 1990.
Sementara Pada tahun 1999 pula, PAS melalui Majlis Gerakan Keadilan Rakyat (GERAK) yang diterajui PAS kesan daripada krisis politik 1998 telah menubuhkan Barisan Alternatif (BA) bagi menghadapi pilihanraya 1999.
Pada April 2008 pula, PAS menjadi parti komponen kepada Pakatan Rakyat bagi mendepani PRU-12 dan PRU-13. Atas ketegasan dan prinsip ini juga PAS saban hari didatangi disertai pelbagai latarbelakang untuk bersama parti ini.
Jika PH menyatakan PAS tiada prinsip. Apakah kebersamaan DAP, Bersatu ini suatu prinsip? Bukankah DAP suatu masa lalu cukup benci dengan pengemudi Bersatu iaitu Tun Mahathir Mohamad?
Atau sebenarnya hingga kini mereka masih berseteru dengan Tun Mahathir walaupun duduk dalam satu gabungan. Lihat sahaja isu melibatkan Islam dan beberapa dasar, apabila Tun Mahathir menyatakan prinsipnya, maka DAP dan rakan sekutunya PKR serta PAN cepat-cepat menghentam semula PM ketujuh itu. Malah hari ini secara terang-terangan mereka menampakkan pertentangan dengan Mahathir.
Dalam isu video hanyir sekalipun, kita dapat merasakan  bahawa adanya kemungkinan perseteruan antara kem kem ini kerana sangat diketahui mutakhir ini Dato’ Seri Azmin Ali orang yang kuat menyebelahi Tun Mahathir. Lihat sahaja orang-orang besar PKR hingga kini tak berbunyi sedikitpun, tidak seperti semasa isu Liwat 1998 ketika Anwar Ibrahim berseteru dengan Tun Mahathir.
PH bagai tiada hujah, menghentam PAS walaupun mereka mendakwa PAS sebagai parti yang tiada kesan lagi. Semuanya angkara bilamana PAS tidak bersama mereka, sebaliknya bertaawun bersama Umno dan beberapa parti serta NGO dalam membawa aspirasi Ummah.
Kalau PAS ini tidak kuat, tak perlulah PH layan atau hentam sekerapnya, biarkan sahaja parti yang mereka cemburui ini berjalan… – HARAKAHDAILY 19/6/2019