Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat ‘Photo booth’ Istimewa Sempena Muktamar DMPM

‘Photo booth’ Istimewa Sempena Muktamar DMPM

177
SHARE

Photobooth Istimewa Sempena Muktamar DMPM

Oleh: Asmaa Yusof

KUANTAN, 15 Jun – Muktamar Dewan Muslimat PAS (DMPM) ke 59 kali ini membawa kelainan dengan adanya ‘photo booth’ khas bagi para muktamirin merakam kenangan di Pusat Konvensyen Bukit Gambang.

‘Photo booth’ yang julung kalinya disediakan ini adalah hasil usahasama oleh pasukan fotografi Jabatan IT DMPM yang diketuai oleh Aqila Masri.

Menurut beliau, terdapat dua pakej telah disediakan dengan harga yang amat berpatutan.

“Idea ini terhasil bagi meraikan kenangan sempena Muktamar DMPM Ke-59 yang pertama kali diadakan di Bukit Gambang.

“Kami menawarkan harga yang berpatutan dan gambar boleh diambil terus selepas sesi fotografi,” ujarnya.

Para hadirin boleh mengunjungi ‘booth’ tersebut bermula jam 10 pagi di pintu masuk dewan.