Home Muktamar PAS Ke 65 Piagam perlidungan bukan Islam diperkenal

Piagam perlidungan bukan Islam diperkenal

3
SHARE

Oleh : Naim Hakimi

KUANTAN – Masyarakat bukan Islam khususnya di Malaysia disaran agar tidak terpengaruh dengan dakyah Islamophobia yang dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu.

Menurut Presiden PAS, Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang, parti ini komited dengan dasar Islam yang sempurna lagi adil yang dapat menyatukan masyarakat majmuk melalui ‘Piagam Jaminan Perlindungan Bukan Islam’.

“Allah telah memerintahkan bahawa di dalam hubungan bermasyarakat majmuk supaya mendahulukan perdamaian dan persaudaraan, tanpa adanya unsur paksaan dalam perkara agama.

“Selain itu, Islam juga menetapkan bahawa pemimpin itu wajib berlaku adil terhadap semua orang berada di bawahnya,” kata beliau semasa menyampaikan Ucapan Dasar sempena Muktamar Tahunan PAS ke-65 di sini pagi semalam.

Tambahannya lagi, PAS berhasrat melaksanakan “Piagam Jaminan Perlindungan Bukan Islam” di samping Perlembangaan Persekutuan yang telah sedia ada.

Kata beliau, piagam itu memperuntukkan hak-hak masyarakat pelbagai kaum dan juga kontrak sosial yang telah sekian lama dipegang oleh masyarakat Malaysia.

Untuk rekod katanya sebelum ini seruan perpaduan Islam diantara PAS dan Umno mendapat petikaian dan kecaman daripada pihak tertentu.

Ujarnya lagi, ini termasuklah pemimpin DAP melalui Lim Guan Eng dan Nga Kor Ming yang menggambarkan kerjasama Umno-PAS seperti Taliban yang memberi ancaman kepada kaum bukan Melayu di negara  ini.

Katanya lagi, semua masyarakat di Malaysia seharusnya merasa beruntung kerana dapat hidup di dalam suasana yang harmoni dan tenteram tanpa perlu merasa terancam.

Apatah lagi tambahnya, dengan Islam yang menjamin kesejahteraan semua.