Home Muktamar62 Artikel Pimpinan Diminta Lebih Kerap Turun Bersama Ahli Akar Umbi

Pimpinan Diminta Lebih Kerap Turun Bersama Ahli Akar Umbi

183
SHARE

 

KOTA BHARU, 3 Jun: YB Ust Ahmad Saad @ Yahya dari negeri Kedah dalam ucapan penangguhan beliau mewakili para perwakilan telah mengajak para hadirin supaya mengalu-alukan kehadiran tetamu Ramadhan serta tidak melepaskan kelebihan-lebihan yang ditawarkan dalam bulan yang mulia itu seperti ibadah, sedekah, iktikaf, dan paling besar dakwah dan jihad yang perlu digerakkan.

Beliau seterusnya mengingatkan bahawa kejayaan PAS menjadi parti teras di negara ini adalah hasil daripada kesusahan dan pengorbanan semua pendukung PAS terutamanya ahli-ahli yang ikhlas di bawah serta tiada kepentingan.

“PAS menjadi parti tunjang, PAS sangat penting, buktinya setiap pandangan yang dikemukakan PAS sentiasa dinanti-nanti dalam apa jua isu.”

Oleh itu, beliau menyeru supaya semua pimpinan supaya rajin turun menziarahi negeri dan kawasan dan menjaga hati-hati ahli serta memberi arahan yang jelas serta tidak bercanggah antara satu sama lain.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada para pimpinan kerana selama setahun ini, pertembungan telah dapat dikurangkan serta diatasi walaupun masih ada lagi terutamanya di laman-laman sosial.

Beliu turut mengucapkan tahniah kepada Presiden dan pimpinan atas pembawaan gagasan politik baru yang hebat; iaitu Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS)

Beliau turut mencadangkan agar kaedah menterjemah BPMS perlulah dibuat sebaik mungkin supaya gagasan tersebut mudah dan jelas untuk dilaksanakan melalui peranan dewan-dewan dan lajnah-lajnah Parti.

Mewakili semua perwakilan dan pemerhati, beliau merakamkan ucapan tahniah kepada komuniti pelaksana Muktamar serta negeri tuan rumah Kelantan; seterusnya menjemput semua hadirin ke negeri Kedah yang bakal menjadi tuan rumah muktamar kali ke-63 tahun hadapan.