Home Muktamar60 Artikel Polisi Media Baru

Polisi Media Baru

121
SHARE

BATU PAHAT, 20 Sept – “Jadikan media baru sebagai senjata untuk menembak musuh, bukan senjata untuk memfitnah sesama kita” ujar Zailah, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat dalam ucapan penggulungan.

Kenyataan ini turut disokong oleh Dato’ Tuan Ibrahim, dalam ucapan penggulunganya di Batu Pahat tengahari ini.

“Bila nak sebar satu berita, pastikan ianya berita betul, sahih dan telah dibuat semakan sewajarnya, agar ianya tidak menjadi fitnah”, tegas Tuan Ibrahim.

Beliau juga menegaskan bahawa dalam perjuangan yang panjang, penuh liku dan ujian ini, ada juga golongan yang menjawat jawatan Tukang Komplen Sdn Bhd, sewajarnya provokasi-provokasi sebegini kita hadapi dengan tenang dan mencari kesahihan.

Beliau juga berpesan agar Perwakilan supaya tidak meninggalkan tahajud, membaca Al-Qur’an dan solat berjemaah untuk mengekalkan kita tetap istiqamah dalam perjuangan.