Home Muktamar62 Artikel Posisikan Tokoh Ulamak PAS Dalam Arus Perdana Masyarakat

Posisikan Tokoh Ulamak PAS Dalam Arus Perdana Masyarakat

96
SHARE

 

PASIR PUTIH, 1 Jun : PAS ada ramai alim ulamak yang mahir dalam pelbagai bidang, yang mampu mendepani cabaran masa kini dengan keilmuan agama yang tinggi pada diri mereka.

Namun, agak sedih kerana ahli PAS sendiri tidak menonjolkan para alim ulamak PAS yang ada, lantas musibahnya adalah rujukan ulamak yang tidak bersama jemaah itulah diterima, namun kian memeningkan masyarakat kerana apa yang dihukumkan tidak bersandarkan kepada hukum yang diukur melalui keadaan politik semasa.

Ustaz Nik Bakri Nik Mat, selaku perwakilan Ulamak Selangor berkata, sebagai ahli PAS mestilah memosisikan Tokoh Ulamak PAS dalam arus perdana masyarakat. Contohnya, kita ada tokoh ekonomi di dalam PAS seperti Ustaz Zaharudin Muhammad, kita ada tokoh hadis dan lain-lain lagi. Biar masyarakat nampak dan jelas posisi dan ketokohan ulamak kita yang sudah pasti juga mampu menyelesaikan banyak isu-isu semasa masa kini.