Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat Presiden PAS Hurai Kisah Sayidah Nafisah Sebagai Teladan Muslimat

Presiden PAS Hurai Kisah Sayidah Nafisah Sebagai Teladan Muslimat

700
SHARE

Presiden PAS Hurai Kisah Sayidah Nafisah Sebagai Teladan Muslimat

Oleh: Asmaa Yusof

KUANTAN, 15 Jun – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menerusi Ucapan Perasmian Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) hari ini menghuraikan kisah Sayidah Nafisah untuk dijadikan teladan.

Tuan Guru menjelaskan, Sayidah Nafisah merupakan ‘alim muslimat di zaman pemerintahan Sultan Mesir yang zalim, Sultan Ahmad bin Thalul.

Ulasnya, Sultan Ahmad akhirnya berubah menjadi sultan yang ‘alim selepas mendapat nasihat dari Sayidah Nafisah.

“Kebijaksanaan muslimat dapat dilihat zaman Sultan Ahmad bin Thalul.

“Rakyat mengadu kezaliman sultan tersebut kepada Sayidah Nafisah, lalu beliau menulis surat.

“Sayidah Nafisah memberi surat yang mengandungi nasihat itu kepada Sultan Ahmad,” terang beliau.

Meneruskan huraian, Tuan Guru menyatakan tiada siapa yang berani menegur sultan yang zalim itu melainkan seorang muslimat yang bijaksana, Sayidah Nafisah.

Akhirnya, Sultan Ahmad berubah menjadi seorang ‘alim setelah membaca nasihat Sayidah Nafisah.

Memetik ucapan sama, Tuan Guru turut mengulas penglibatan Muslimat PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) di Malaysia.

“Muslimat PAS mula bertanding pada tahun 1960.

“Pada masa itu, parti lain mengeluarkan arahan tidak membenarkan muslimat bertanding, namun PAS mengatakan boleh berdasarkan dalil-dalil yang jelas,” katanya.

Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang merasmikan Muktamar DMPM Ke-59 di Pusat Konvensyen Bukit Gambang, Kuantan hari ini.