Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat Presiden PAS Rasmi Pembuka Tirai Muktamar DMPM

Presiden PAS Rasmi Pembuka Tirai Muktamar DMPM

23
SHARE

Presiden PAS Rasmi Pembuka Tirai Muktamar DMPM

Oleh: Asmaa Yusof

KUANTAN, 15 Jun – Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) ke-59 secara rasminya membuka tirai hari ini.

Muktamar DMPM kali ini diadakan di Pusat Konvensyen Bukit Gambang, Kuantan, Pahang selama satu hari.

Menariknya, Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bakal merasmikan Muktamar Dewan Muslimat yang akan bermula sekitar jam 10 pagi nanti.

Ribuan perwakilan dan pemerhati dijangka memenuhi Pusat Konvensyen Bukit Gambang dalam muktamar hari ini.

Muktamar kali ini merupakan muktamar kedua selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Pastinya apa yang menjadi tumpuan ramai dalam muktamar kali ini ialah Ucaptama Ketua DMPM, YB Hajjah Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh yang membawa tema ‘Islam Memimpin, Wanita Sejahtera’.

Muktamar dijadualkan tamat pada jam 10 malam dengan acara kemuncak dari Lajnah Kebudayaan dan Kesenian DMPM.